Pages

Monday, 22 October 2012

Falsafah koperasi part 1


Sebut sahaja pasal koperasi, tentu kita semua ingat ianya mereupakan salah satu agensi yang menawarkan pinjaman.  Koperasi adalah sejenis perniagaan atau organisasi yang berasaskan kepada konsep tolong-menolong dan prihatin terhadap orang lain.

“Koperasi boleh didefinisikan  sebagai sebuah persatuan manusia yang berautonomi , bergabung secara sukarela untuk memenuhi  keperluan dan aspirasi bersama di dalam bidang ekonomi,sosial dan budaya melalui pertubuhan yang dimiliki bersama dan dikawal secara demokrotik.”


Terdapat beberapa jenis koperasi seperti:-

1-koperasi pertanian
2-koperasi pengguna
3-koperasi perumahan
4-koperasi kreadit/jiat cermat pijam meminjam
5-koperasi perikanan
6-koperasi kesihatan
7-koperasi pekerja


Nilai-nilai asas dalam koperasi :-

1-membantu diri sendiri
2-bertanggungjawab ke atas diri sendiri
3-demokrasi
4-kesamarataan
5-keadilan
6-perpaduan


Nilai-nilai etika dalam koperasi:-

1-keterbukaan
2-amanah
3-tanggungjawab
4-prihatin terhadap orang lain

Prinsip-prinsip koperasi
v    Keanggotaan sukarela dan terbuka
v    Kawalan demokratik anggota
v    Penglibatan ekonomi anggota
v    Autonomi dan kebebasan
v    Pendidikan latihan dan maklumat
v    Kerjsama antara koperasi-koperasi
v    Prihatin terhadap komuniti